Sunday, 18 November 2012

Taman laut Pulau Redang merupakan taman laut yang agak popular dan unik kerana lokasi dan keindahan yang ada di sekitarnya.Salah satu lokasi yang sering dikunjungi oleh para pengunjung adalah Pulau Pinang yang merupakan jiran kepada Pulau redang.Dahulunya  ianya merupakan kawasan perkampungan penduduk pulau redang di mana anda dapat melihat tanah perkuburan lama peninggalan penduduk dahulu.Sekarng ini ia di uruskan oleh Jabatan Laut dan dengan bayaran RM 5.00  sahaja dan anda dapat menikmati suasana snorkeling yang sangat mengasyikkan dan amat mengujakan..
                    





Selai itu juga,ribuan kumpulan dan jenis ikan yang pelbagai nama,jenis,saiz dan warna sedang menanti kedatangan anda dan pasti mereka sedang melambai-lambai kedatangan anda untuk melawat dan beramah mesra bersama mereka.Anda pasti akan berasa sangat teruja kerana ikan-ikan disana sangatlah jinak terutamanya apabila anda menghulurkan cebisan roti kepada mereka dan ketika itulah anda pasti akan dapat merasai diri anda seperti ibu kepada mereka..

                   

                                                               

Selain itu juga,anda dapat melihat satu lagi khazanah kehidupan laut yang maseh lagi dipelihara iaitu batu karang yang menghiasi taman laut Pulau Redang ini.Kehidupan batu karang ini maseh lagi dikekalkan kerana ianya satu ciptaan yang sangat indah dan ia sedikit sebanyak menyumbang kepada sektor pelancongan.


          

     

No comments:

Post a Comment