Monday, 19 November 2012

                                                            Taman Laut Pulau Payar
Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,Salam mesra,Salam bahagia dan Salam 1 malaysia.

Pada hari selasa yang lalu iatu tanggal 20.11.2011,saya dan rakan-seperjuangan telah menjejakkan kaki ke pulau payar.Pada pagi itu,kami telah berkumpul di parking bas dan seterusnya menaiki bas kolej kami ke jeti kuah untuk menaiki feri ke pulau payar.Apabila kami sampai di jeti kuah,kami diberi gelang pas untuk ke pulau payar dan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 100 seorang.  

Kemudian saya mendapati begitu ramai pengunjung yang hendak pergi ke pulau payar ini.Pengunjung yang berbilang kaum dan bangsa yang terdiri daripada melayu,cina,india,kristian dan sebagainya.Selepas itu kami menaiki feri untuk kesana dan perjalanan kami menagmbil masa selama 1 jam setengah          
.                                                                        .Dalam perjalanan kesana kami dibenarkan untuk berada di atas dek feri dan alangkah gembiranya kami dapat melihat keindahan laut yang sangat indah dan saya berasa sangat teruja.        
.Selain  tanpa disedari,kami dapat melihat satu lagi ciptaan Allah s.w.t iatu pting beliung..Alangkah terpegunnya pada masa itu sebab dapat melihat satu ciptaan yang sangat indah dengan mata sendiri dan ia merupakan satu pengalaman baru yang saya dan rakan-rakan yang lain dapat.

Tidak lama kemudian,kami selamt sampai ke destinasi yang hendak ditujui.Di sana,kami diberi jaket keselamatan(life jacket) dan seterusnya menaiki bot kecil. 
Sterusnya ke destinasi yang seterusnya iatu tempat untuk melakukan aktiviti yang ada di situ seperti:
-jungle trakking
-snorkeling
-temuramah

Sebut sahaja tentang Pulau Langkawi,Kedah kebiasaannya dikaitkan dengan lagenda mahsuri.Ada juga yang merancang membeli belah pelbagai barang atas sebab bebas cukai.Untuk pengetahuan anda juga,pulau langkawi mempunyai sebuah tarikan taman laut yang sangat indah yang telah diwartakan pada 1898 oleh mantan perdana menteri malaysia yang ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
      
cantik x....?

Antara 40 pulau yang digazetkan,pulau payar diiktiraf mempunyai pelbagai species kehidupan laut yang sangat unik dan mengujakan sebagai usaha memberi perlindungan kepada kehidupan marin ini dan memulihara ekosistem terumbu karang di negara ini.


   
        
ummmmmm...cantiknya...

Pemandangan yang sangat indah dapat mengujakan hati dan perasaan anda apabila anda menjejakkan kaki ke pulau yang serba indah ini.Anda pasti akan teruja sebaik sahaja menjejakkan kaki ke pulau ini..    

Selain itu juga,terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan kepada para pengunjung yang bertandang ke pulau ini.Antaranya ialah surau,pondok,tandas,tempat menginap,tapak perkhemahan,laluan titi yang berkayu dan kemudahan bot kecil.Anda tisdak perlu risau jika anda berada dalam situasi cemas kerana di pulau ini juga terdpat unit beruniform yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan iaitu pertahanan awam dan jabatan laut.
                                                   
   
  Selain itu,terdapat juga kelemahan yang ada disana seperti tiadanya suumber air tawar,makanannya yang mahal,kebersihan yang tidak dijga dan juga chalet yang terbengkalai.Selain itu juga,tempat beribadat yang terlalu kecil untuk pengunjung beragama islam untuk melalakukan ibadat.Oleh itu,saya berharap agar pihak yang berwajib segera memantau dan menyelenggaranya dengan segera supaya pulau payar ini dapat menjadi tarikan yang indah dapat dikekalkan.Insyallah                  



No comments:

Post a Comment